Monday, July 11, 2011

Doa Nabi Adam a.s.

Adam adalah bapa manusia, beliaulah manusia pertama di jagad ray a ini. Kita wajib menghormati Adam dan Hawa, mendoakannya melalui doa ibu bapa; bukan sebaliknya melemparkan kutuk atas kekhilafannya tentang dosa memakan buah khuldi.

Nabi Adam bagaikan Nabi Yusuf juga, sebelum ia ditunjuk pada tugas berat dan mulia, ia diuji dan dicuba. Ketika Adam nyata berdosa kerana melanggar larangan Allah, iblis ikut serta terlibat. Ketika Adam dan Hawa bertaubat dan mengaku kesalahan, maka iblis malah sebaliknya, menentang, siap masuk neraka dan mengancam akan memusuhi Adam dan keturunannya sampai kiamat.

Peristiwa Adam atas pelanggarannya telah diceritakan oleh semua kitab suci, termasuk Al-Quran. Perbezaan kisah terletak, bahawa Al-Quran menceritakan taubat Adam dan kerana keikhlasan taubatnya, dosanya diampuni Allah dan ditunjuk turun ke dunia menjadi Khaliffatullah di muka bumi.

Sementara Nasrani menempatkan Adam tetap berdosa dan sebagai sumber dosa hingga hari kiamat; turun ke dunia dengan berbagai kesengsaraan, melahirkan anak dan mati sebagai akibat dosa. Kita adalah keturunan orang bersih. Al-Quran, menceritakan doa Adam dan Hawa:


Ertinya:
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan andaikan Engkau tidak ampuni kesalahan kami dan tidak Engkau kasihi kami, nescaya kami akan menjadi orang-orang yang rugi." (Al-'Araf: 23)

No comments:

Post a Comment