Saturday, February 26, 2011

7 Kalimat Keampunan

Kehidupan kita di dunia ini tidak dapat dihindari dari dosa-dosa sama ada yang besar mahupun yang kecil, yang disengajakan mahupun tidak. Dalam perjalanan hidup kita untuk mencari keredhaan Illahi sering kali dicemari oleh dosa-dosa yang kita tidak sedari mahupun kita sengajakan. Walaupun jalannya seseorang itu menuju ke masjid untuk mendapatkan pahala namun sering kali dicermari oleh dosa-dosa kecil yang sengaja di rancang seperti iklan-iklan, cara pemakaian, situasi-situasi yang keterlaluan, malahan simbol-simbol ataupun ayat-ayat yang kita sendiri tidak ketahui apa maksudnya.

Kehadiran nafsu dan hasut syaitan menambahkan lagi perkara-perkara yang boleh menjerumus kita kepada dosa-dosa dan maksiat. Kita tidak mampu untuk menghindari semua itu, hanya Allah SWT yang mempunyai kekuatan untuk menjauhkan dan melindungi kira dari semua itu. Bersyukurlah kita kepada kasih sayang Allah SWT yang masih menganugerahkan hidayah kepada kita. Bayangkan lah, tanpa hidayah Allah belum tentu anda akan membaca semua yang saya kongsikan ini. Mahupun ada diantara kita yang langsung tidak memperdulikan semua ini, jangan la kita cemuh mereka. Sampaikanlah kepada mereka.

Kita jangan mudah lupa, Allah SWT maha pengampun dan telah menyediakan pelbagai cara agar hambanya boleh memohon keampunan dan menghapuskan segala dosa-dosa yang mereka lakukan. Pelbagai cara keampunan telah diajari kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi. Sekarang hanya terpulang kepada kita untuk memilih cara hidup manakah yang mesti kita ikuti.


Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La hawla wala quwwata illa billah jika menghadapi sesuatu
tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir hanafi,mudah-mudahan kita dapat ingati, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu diamalakan, walaupun sambil lalu mudah-mudahan menjadi kebiasaan. Lebih elok jika jangan terus ditinggalkan di sini. Print out dan lekat di dinding bilik anda.

Thursday, February 24, 2011

Doa Menghindari Sihir



Menurut Ibn Abi Hatim dan Abu al-Sheikh daripada Laith bin Abi Sulaim r.a, beliau berkata: “Ayat ini dapat menjadi penawar kepada perbuatan sihir dengan izin Allah”.

Allah SWT menjelaskan perjuangan Nabi Musa a.s dan penentangannya kepada Firaun, menyebabkan Firaun mengumpulkan semua ahli sihir terkemuka pada zamannya untuk melawan utusan Allah itu.

Apabila Nabi Musa a.s dan ahli-ahli sihir sudah dihimpunkan di hadapan khalayak ramai pada hari yang dijanjikan itu, maka pertandingan dimulakan dengan dialog, siapakah yang akan memulakan kehebatan masing-masing.

Ahli-ahli sihir sudah pun dijanjikan dengan pelbagai nikmat dunia seperti pangkat, harta dan sebagainya jika berjaya mengalahkan Nabi Musa.

Ahli-ahli sihir mula mencampakkan tali-tali mereka lalu gemparlah suasana melihat ular-ular besar yang menakutkan di hadapan mereka. Nabi Musa turut rasa gentar sehinggalah turun wahyu Allah kepadanya supaya bertenang dan membaca ayat-ayat di atas.

Kemudian, giliran Nabi Musa pun sampai. Lalu tongkatnya dilepaskan. Ahli-ahli sihir menjadi gamat kerana apa yang berlaku di hadapan mereka bukanlah sihir olok-olok. Ia adalah kebenaran dari langit tinggi. Mereka akhirnya beriman kepada Musa meninggalkan Firaun dalam kebingungan. (Fi Zilalil Quran, tafsir surah Yunus ayat 81-82).

Khasiat dan kaifiat beramal

Caranya ialah dengan membacakan ayat-ayat ini bersama ayat ke 118 hingga 121 surah al-A’raaf dan ayat ke 69 surah Taha kepada bekas yang mengandungi air.

Kemudian air itu disiram ke atas kepala orang yang terkena sihir itu. (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 81-82 surah Yunus)

* Petikan buku 101 Doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran Khasiat & Kaifiat Beramal terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd

Wednesday, February 16, 2011

Doa-Doa Para Nabi (Siri 1)

Doa Nabi Sulaiman A.S

SUATU hari Nabi Sulaiman dan bala tenteranya yang terdiri dari manusia, Jin dan burung melalui suatu lembah semut. Terdengar-lah oleh Nabi Sulaiman a.s. akan perkataan raja semut kepada rakyatnya: "Hai semut, masuklah kamu ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak terinjak-injak oleh Sulaiman dan pasukannya, sedangkan mereka tidak menyedari."

Ertinya:

"Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan juga kepada dua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amalan soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh." (Al-Naml: 19)


Baik diketahui:

  • Doa di atas adalah doa yang pernah diucapkan oleh seorang Nabi, yang benama Nabi Sulaiman a.s.
  • Begitu pentingnya peristiwa Sulaiman di atas sampai Allah beritahukan hal tersebut kepada manusia di belakang hari, iaitu umat Nabi Muhammad SAW.
  • Doa tersebut dicantumkan sebahagian bahagian dari ayat-ayat Al-Quran.
  • Bila kita mengucapkan doa di atas bererti suatu doa, atsar dari Nabi Sulaiman dan Al-Quran, nilai dan ganjarannya berlipat ganda.
  • Setiap orang pasti mengalami akan hal yang sama dengan peristiwa Nabi Sulaiman, hanya dalam variasi yang berbeza. Hadith Muslim dengan sumber yang sama menyebutkan bahawa Rasulullah SAW ada bersabda; kalau aku membaca:

Ertinya:

"Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar."

Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H


Pada esok hari kita akan menyambut hari ulang tahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang juga lebih di kenali sebagai Maulidur Rasul. Namun begitu, banyak lagi peristiwa-peristiwa lain yang tidak kurang pentingnya telah berlaku pada bulan Rabiul Awal iaitu bulan kelahiran Nabi kita. Oleh itu saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang latar belakang bulan Rabiul Awal dan juga sejarah silam yang berlaku di bulan ini.


Rabiul Awal & Maulidur Rasul

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  • Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  • Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  • Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  • Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  • Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  • Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  • Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  • Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  • Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.


Maulidur Rasul


Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Saturday, February 12, 2011

Khasiat Berdoa Untuk Ibu & Ayah


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi hadiahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


Kesimpulannya:

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari. Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal,insyallah.. Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM (kata Azmil Mustapha)...

Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..
Insya Allah

Allahu Akbar !

Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat ini kepada rakan dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang tidak disangka-sangka. Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu... Tapi limpahan KurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya...
Subhanallah! Alhamdulillah.

Kirim kalimat ini ke 12 orang yang kamu anggap baik di dalam hidupmu dan Insya-Allah kehidupanmu akan bertambah baik dan buktinya dalam 12 jam kamu harus percaya akan keajaibannya.

AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK , AL -RAHMAN, AL-RAHIM

Muat Turun Himpunan Doa-Doa Dalam Format PDF