Tuesday, September 6, 2011

10 Amalan Sunat Di Aidilfitri

1. Bertakbir
Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri.

2. Lafaz ucapan selamat
Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”

3. Meneruskan Qiamullail
Jika sepanjang Ramdahan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah contohnya melalui solat tarawih, maka ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.

4. Mandi sunat pagi hari raya
Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat aidilfitri.

5. Makan sebelum solat Aidilfitri
Disunatkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Kebiasaannya Rasullullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri.Mereka bebas memakan apa sahaja.

6. Memakai pakaian yang indah
Disunatkan kamu muslimin memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita.

7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya
Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Ada pendapat menyatakan ia dilakukan agar dapat bersalam dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Selain itu, orang yang berjalan ke masjid, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat.

8. Mengerjakan solat aidilfitri
Syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat islam.

9. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri
Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , selutruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat islam.

10. Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.
Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

Sunday, August 14, 2011

Doa Waktu Dhuha


“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"



Thursday, August 11, 2011

Adab Berpuasa Dan Solat Terawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat cerdik sungguh.. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Wednesday, August 3, 2011

Amalan-amalan sunah pada bulan Ramadhan

Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan ada berbagai amalan yang disunahkan pada bulan ini di antaranya:

1. Mengkhatamkan Al-Qur’an
Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Qur’an pertama kali turun dari lauhul mahfuz ke langit dunia sekaligus. Allah berfirman:
"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)"
(al baqarah: 185)

2. Shalat tarawih
Rasulullah Saw. bersabda: “Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Sebuah riwayat mengatakan bahwa Nabi Saw. pernah shalat 11 rakaat, terkadang 13 rakaat atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang shalat malam beliau bersabda: “Dua rakaat dua rakaat, jika seseorang diantara kalian khawatir masuk waktu subuh hendaklah shalat satu rakaat witir.”

3. Memperbanyak doa
Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab. Oleh karenanya perbanyaklah berdoa ketika sedang berpuasa terlebih lagi ketika berbuka. Berdoalah untuk kebaikan diri kita, keluarga, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama muslim di belahan dunia.

4. Memberi buka puasa (tafthir shaim)
Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir korma sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:" Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun". (Bukhari Muslim)

5. Bersedekah
Rasulullah Saw. bersabda: “Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan” (HR. Tirmizi).
Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan zakat fitrah sebagai penyempurna puasa yang dilakukannya.

6. I’tikaf
I’tikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. I’tikaf disunahkan bagi laki-laki dan perempuan; karena Rasulullah Saw. selalu beri’tikaf terutama pada sepuluh malam terakhir dan para istrinya juga ikut I’tikaf bersamanya. Dan hendaknya orang yang melaksanakan I’tikaf memperbanyak zikir, istigfar, membaca Al-Qur’an, berdoa, shalat sunnah dan lain-lain.

7. Umrah
Ramadhan adalah waktu terbaik untuk melaksanakan umrah, karena umrah pada bulan Ramadhan memiliki pahala seperti pahala haji bahkan pahala haji bersama Rasulullah Saw. Beliau bersabda: “Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku.”

8. Memperbanyak berbuat kebaikan
Bulan Ramadhan adalah peluang emas bagi setiap muslim untuk menambah ‘rekening’ pahalanya di sisi Allah. Dalam hadits yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahwa amalan sunnah pada bulan Ramadhan bernilai seperti amalan wajib dan amalan wajib senilai 70 amalan wajib di luar Ramadhan. Raihlah setiap peluang untuk berbuat kebaikan sekecil apapun meskipun hanya ‘sekedar’ tersenyum di depan orang lain. Ciptakanlah kreasi dan inovasi dalam berbuat kebaikan agar saldo kebaikan kita terus bertambah.
“dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba.”

Semoga kita termasuk orang-orang yang bisa memanfaatkan momentum Ramadhan untuk merealisasikan ketakwaan diri kita dan bisa meraih predikat “bebas dari neraka.” Amin
Wakullu Am wa Antum bikhair

Tuesday, July 26, 2011

Doa Nabi Ibrahim

Keluarga yang taat kepada Allah adalah idaman hidup. Setiap orang ingin demikian, walaupun idaman mulia tersebut harus dibina melalui teladan ketua keluarga yang taat. Keinginan keturunan yang baik itu bukan saja timbul dari keluarga yang taat, tetapi juga bersemayam dalam hati ketua keluarga yang dangkal pengalaman agamanya; kecuali pada lingkungan yang acuh tak acuh.

Betapa banyak ayah yang jarang solat, sering meninggalkan puasa dan sebagainya, namun mereka menuntut agar anak isterinya menjadi orang baik baik. Ketenteraman batin pada sebuah keluarga ditandai oleh keberhasilan mengumpulkan harta, namun ketenteraman abadi hanya terletak pada rumah tangga keluaga yang berbudi dan taat pada ajaran agama Mereka hidup taat dengan ajaran agama, bijak dalam bergaul dan rukun dalam kekeluargaan. Al-Quran menceritakan, dalam surah Ibrahim ayat 40, betapa kerinduan Nabi Ibrahim mendapatkan keluarga yang mulia, bijak, taat dan selamat di akhirat:



Ertinya:
"Ya Tuhan, jadikanlah aku dan keturunanku, orangyang tetap menegakkan solat. Ya Rab, perkenankanlah doa aku. Ya Rabbanaa, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, juga dosa-dosa sekalian orang mukmin pada hari terlaksananya hisab nanti."
(Ibrahim: 40-41)

Monday, July 11, 2011

Doa Nabi Adam a.s.

Adam adalah bapa manusia, beliaulah manusia pertama di jagad ray a ini. Kita wajib menghormati Adam dan Hawa, mendoakannya melalui doa ibu bapa; bukan sebaliknya melemparkan kutuk atas kekhilafannya tentang dosa memakan buah khuldi.

Nabi Adam bagaikan Nabi Yusuf juga, sebelum ia ditunjuk pada tugas berat dan mulia, ia diuji dan dicuba. Ketika Adam nyata berdosa kerana melanggar larangan Allah, iblis ikut serta terlibat. Ketika Adam dan Hawa bertaubat dan mengaku kesalahan, maka iblis malah sebaliknya, menentang, siap masuk neraka dan mengancam akan memusuhi Adam dan keturunannya sampai kiamat.

Peristiwa Adam atas pelanggarannya telah diceritakan oleh semua kitab suci, termasuk Al-Quran. Perbezaan kisah terletak, bahawa Al-Quran menceritakan taubat Adam dan kerana keikhlasan taubatnya, dosanya diampuni Allah dan ditunjuk turun ke dunia menjadi Khaliffatullah di muka bumi.

Sementara Nasrani menempatkan Adam tetap berdosa dan sebagai sumber dosa hingga hari kiamat; turun ke dunia dengan berbagai kesengsaraan, melahirkan anak dan mati sebagai akibat dosa. Kita adalah keturunan orang bersih. Al-Quran, menceritakan doa Adam dan Hawa:


Ertinya:
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan andaikan Engkau tidak ampuni kesalahan kami dan tidak Engkau kasihi kami, nescaya kami akan menjadi orang-orang yang rugi." (Al-'Araf: 23)

Thursday, July 7, 2011

Doa Nabi Yunus a.s.

Para Nabi adalah utusan Allah kepada manusia. Mereka adalah manusia biasa, hanya saja diberi Allah wahyu. Pada diri para Nabi Allah terdapat contoh teladan yang baik untuk ikutan umat. Ada contoh melalui amal perbuatan, ada ajaran dan anjuran yang dilakukan melalui lisan ada pula melalui sikap. Pada Nabi Yunus, pengajaran itu terdapat ketika beliau pergi dalam keadaan
marah disebabkan umatnya yang tidak mendengar dakwahnya. Nabi Yunus a.s. dipertemukan Allah dengan kesengsaraan di laut dan ditelan ikan besar.

Dalam perut ikan yang gelap gelita itulah, Yunus a.s. berdoa:


Ertinya:
"Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang zalirn " (Al-Anbia: 87)


Doa Yunus pun didengar Allah, ia diselamatkan Allah, ikan besar itu terdampar di pantai. Allah SWT sungguh bijak. Kalau kepada Nabi Yunus Allah berikan pengajaran kepada umat manusia dengan cara pengalaman yang pahit, lalu kepada Nabi Muhammad SAW pengajaran umat diberikan melalui pengalaman baginda terhadap peristiwa Ummi Maktum.

Saturday, July 2, 2011

Doa Nabi Zakaria a.s.

Nabi Zakaria dan keluarganya amat ingin mempunyai anak, walau beliau memaklumi, bahawa dirinya sudah begitu uzur dan tua. Keadaan demikian tergambar pada wahyu Allah yang merakam peristiwa ketika ia berdoa:



Ertinya:
"Tuhanku, sesungguhnya tulangku sudah rapuh dan kepalaku sudah memutih uban, sementara aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mewaliku (yang melanjutkan urusan) sepeninggalanku, sedangkan isteriku seorang yang mandul. Kerana itu anugerahilah aku seorang putera di sisiMu yang nantinya akan menjadi waris dari sebahagian keluarga Yaakub dan takdirkan dianya nanti akan seorang yang diredhai, ya Tuhanku." (Maryam: 4-6)


Putera puteri dilingkungan keluarga akan menjadi penghujung dalam kehidupan suami isteri, penghibur rumah tangga, pewaris harta pelanjut keturunan, penyebar agama, pembentuk kerja dan pemanjat doa bagi kedua orang tuanya. Demikian penting kehadiran anak dilingkungan keluarga, tidak diragukan lagi. Untuk itu Nabi Zakaria berdoa mengadu kepada Allah yang Maha Kuasa.


Ertinya:
"Oh Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah waris yang paling baik." (Al-Anbiya': 89)


Lalu Allah memperkenankan doa Zakaria dengan lahimya seorang anak, Yahya a.s.

Tuesday, June 14, 2011

Doa Nabi Musa A.S Menghadapi Firaun

Nabi Musa a.s. mendatangi Firaun dengan tugas dakwah. Firaun yang terkenal keras kepala, kejam terhadap rakyat dan bahkan menggunakan segala kekuasaannya. Firaun inilah yang akan dihadapi oleh Nabi Musa a.s., yang pernah diasuh Firaun itu berdoa kepada Tuhan, di antaranya adalah:


Ertinya:
"Oh Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah untukku urusanku, arahkanlah kekakuan lidahku dan mengertilah kiranya mereka akan perkataanku." (Thaha: 25-28)

Sering kita dengar seseorang pembicara membaca doa di atas secara keras ketika ia akan memulai berbicara di hadapan umum. Tetapi akan lebih tepat, bila doa tersebut dibacakan saja secara perlahan, tanpa perlu didengar umum, akan yang perlu adalah peribadi kita sendiri. Atau bacakan sebelum naik mimbar atau seumpamanya.

Friday, April 22, 2011

Doa Nabi Ayub A.S

Allah mentakdirkan bahawa dalam kehidupan manusia akan banyak mengalami perjuangan, baik diluar mahupun di dalam diri itu sendiri. Umumnya ketika suka, perjuangan itu tiada terasa, dan bila derita yang terjadi, maka terasa menyesak dada. Saat-saat seperti itu, tidak pilih siapa manusianya, mereka pasti akan berusaha, berdoa dan menyerah; kecuali bagi yang beriman, penyerahan dan doa-harapannya tertuju pada Allah SWT yang Mana Kuasa lagi Maha Maklum atas segalanya. Allah berfirman:


Ertinya:
"Dan minta tolonglah kamu kepada Allah denganjalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali bagi mereka yang khusyuk."
(Al-Baqarah: 45)


Sebahagian ahli menempatkan pengertian sabar ialah usaha yang tidak kenal lelah, sedangkan kata solat ialah di dalamnya temiasuk doa. Benarlah upaya dan doa adalah dua penunjang yang tiada boleh diabaikan, bahkan saat-saat upaya sudah terdesak di jalan buntu, doa masih berfungsi bergerak di luar ruang lingkup pandangan mata dan pendengaran telinga. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Siapa-siapa yang dibukakan baginyapintu-pintu doa bererti telah dibukakan baginya pintu-pintu rahmat. Tiadalah sesuatu yang dimintakan seseorang kepada Allah yang lebih dicintaiNya selain daripada permintaan 'afiat. Adapun doa itu amat bermanfaat terhadap sesuatu (takdir) yang sudah berlaku danjuga terhadap hal-hal yang belum terjadi. Tidak ada sesuatu yang dapat menolak ketetapan Tuhan (Qadha') kecuali doa, kerana itu berdoalah kamu."


Demikianlah Nabi Ayyub, ketikabeliau terkena penyakit yang susah sembuh, beliau tidak putus asa. Beliau tahu dan yakin bahawa setiap penyakit pasti ada ubat penyembuhannya, hanya saja kadang-kadang pengetahuan manusia belum menemuinya atau "taufiq" (persetujuan Tuhan) yang belum ada. Demikian saat saat yang di luar dugaan mata biasa, di luar jangkauan ilmu pengetahuan, pertolongan Tuhan itu datang. Nabi Ayyub berdoa, mengadukan halnya kepada
Tuhan Pencipta semesta Alam dan Allah berfirman:


Ertinya:
"Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua yang penyayang, maka Kami pun memperkenankan suaranya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang adapadanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya......"
(Al-Anbiya: 83-84)

Monday, March 28, 2011

Doa Istikharah

Jabir bin Abdillah Radhiallaahu anhu berkata: Adalah Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam mengajari kami shalat Istikharah untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari surah Al-Quran. Beliau bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan shalat sunah (Istikharah) dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوْبِ. اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ -وَيُسَمَّى حَاجَتَهُ- خَيْرٌ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ -أَوْ قَالَ: عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ- فَاقْدُرْهُ لِيْ وَيَسِّرْهُ لِيْ ثُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ شَرٌّ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ -أَوْ قَالَ: عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ- فَاصْرِفْهُ عَنِّيْ وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِيْ بِهِ.


“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu. Aku mohon kepadaMu sesuatu dari anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Mahakuasa, sedang aku tidak kuasa, Engkau mengeta-hui, sedang aku tidak mengetahuinya dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (orang yang mempunyai hajat hendak-nya menyebut persoalannya) lebih baik dalam agamaku, dan akibatnya terha-dap diriku atau -Nabi bersabda: …di dunia atau akhirat- sukseskanlah untuk-ku, mudahkan jalannya, kemudian berilah berkah. Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini lebih berbahaya bagiku dalam agama, perekonomian dan akibatnya kepada diriku, maka singkirkan persoalan tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan kebaikan untukku di mana saja keba-ikan itu berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku.”

Tidak menyesal orang yang beristi-kharah kepada Al-Khaliq dan bermusya-warah dengan orang-orang mukmin dan berhati-hati dalam menangani perso-alannya. Allah Ta’ala berfirman: “… dan bermusyawarahlah kepada mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, perekonomian, politik dan lain-lain). Bila kamu telah membulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah…” (Ali Imran, 3: 159)

HR. Al-Bukhari 7/162

Monday, March 7, 2011

Perkara Sebelum Tidur

Daripada Tafsir Haqqi,
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan
ibadah haji dan umrah"

Friday, March 4, 2011

Solat Dhuha Sebagai Roh Rezeki


REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.

Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.

Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.

Allah berfirman:

"Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya." (asy-Syura: 27)

Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?

Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata.

Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.

Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan.

Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.

Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat duha ini. Sebuah buku berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duha yang telah diterjemahkan daripada buku Menyingkap Mukjizat Shalat Dhuha karya Muhammad Mokhtar.

Buku ini memotivasikan kita agar tidak sahaja kaya wang tetapi pada masa sama membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di sana.

Ia juga membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim.

Disokong dengan bukti-bukti yang menjelaskan bahawa melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang berganda dan diberkati.


Membuka Pintu Rezeki Dengan Shalat Dhuha









Saturday, February 26, 2011

7 Kalimat Keampunan

Kehidupan kita di dunia ini tidak dapat dihindari dari dosa-dosa sama ada yang besar mahupun yang kecil, yang disengajakan mahupun tidak. Dalam perjalanan hidup kita untuk mencari keredhaan Illahi sering kali dicemari oleh dosa-dosa yang kita tidak sedari mahupun kita sengajakan. Walaupun jalannya seseorang itu menuju ke masjid untuk mendapatkan pahala namun sering kali dicermari oleh dosa-dosa kecil yang sengaja di rancang seperti iklan-iklan, cara pemakaian, situasi-situasi yang keterlaluan, malahan simbol-simbol ataupun ayat-ayat yang kita sendiri tidak ketahui apa maksudnya.

Kehadiran nafsu dan hasut syaitan menambahkan lagi perkara-perkara yang boleh menjerumus kita kepada dosa-dosa dan maksiat. Kita tidak mampu untuk menghindari semua itu, hanya Allah SWT yang mempunyai kekuatan untuk menjauhkan dan melindungi kira dari semua itu. Bersyukurlah kita kepada kasih sayang Allah SWT yang masih menganugerahkan hidayah kepada kita. Bayangkan lah, tanpa hidayah Allah belum tentu anda akan membaca semua yang saya kongsikan ini. Mahupun ada diantara kita yang langsung tidak memperdulikan semua ini, jangan la kita cemuh mereka. Sampaikanlah kepada mereka.

Kita jangan mudah lupa, Allah SWT maha pengampun dan telah menyediakan pelbagai cara agar hambanya boleh memohon keampunan dan menghapuskan segala dosa-dosa yang mereka lakukan. Pelbagai cara keampunan telah diajari kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi. Sekarang hanya terpulang kepada kita untuk memilih cara hidup manakah yang mesti kita ikuti.


Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La hawla wala quwwata illa billah jika menghadapi sesuatu
tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir hanafi,mudah-mudahan kita dapat ingati, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu diamalakan, walaupun sambil lalu mudah-mudahan menjadi kebiasaan. Lebih elok jika jangan terus ditinggalkan di sini. Print out dan lekat di dinding bilik anda.