Wednesday, March 11, 2009

10 amalan murah rezeki

Adapun kekayaan dan kejayaan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja yang berusaha mendapatkannya, tetapi keberkatan daripada kejayaan itu amat penting bagi kita sebagai orang Islam. Seandainya kejayaan atau kekayaan itu menjauhkan diri kita daripada Allah SWT yang memberi nikmat kepada sekalian alam, sudah tentu tidak ada keberkatan disebalik kekayaan atau kejayaan itu.

Wahai saudara ku sekalian, ingatlah bahawa hidup didunia ini hanya untuk sementara sahaja. Akhiratlah yang kekal untuk selama-lamanya. Allah SWT tidak menghalang kita untuk mencari rezeki atau nikmat harta benda didunia ini, bahkan Allah menggalakkan kita untuk kuat bekerja dan menimba ilmu. Ilmu yang baik, harta yang diinfakkan ke jalan Allah, dan doa anak-anak yang soleh itu terus memberikan kita pahala walaupun setelah meninggal dunia.

Al-Quran itu adalah rujukan yang lengkap, pelbagai rahsia dan resepi-resepi kejayaan ada didalam nya. Cuma kita sahaja yang tidak mengkaji, memahami, mahupun menghayatinya. Alangkah baiknya jika kita sebagai umat Islam menjadikan Al-Quran itu panduan hidup yang sebenarnya dan bukan sahaja dibaca dengan penuh syahdu di majlis-majlis tilawah al-Quran.

Didalam al-Quran juga terdapat amalan-amalan yang dijanjikan rezeki yang melimpah dan datang dari jalan yang tidak disangka-sangka. Adapun amalan-amalan itu adalah seperti dibawah;

1 - Taubat/istigfar.
2 - Meledakkan Takwa
3 - Beridah kepada Allah SWT
4 - Mengeratkan Silaturrahim
5 - Berinfaq di jalan Allah
6 - Bersyukur
7 - Tawakkal
8 - Hijrah ke jalan Allah
9 - Memberi nafkah mereka yang menuntut Ilmu Syara'
10 - Doa, zikir, dan Al-Quran.

Adalah perlu diingatkan sekali lagi, Islam itu tidak melarang umat nya mencari harta yang banyak, tetapi biarlah harta itu dapat mendekatkan kita kepada yang Esa. Tidak ada gunanya harta setinggi gunung, jika diri kita dilaknati Allah. Gunakanlah jalan yang luruh untuk mendapatkan harta, buka jalan yang dilarang oleh syara' seperti riba, rasuah, judi, jual beli benda haram, mencuri, merompak dan sebagainya. Setiap apa yang kita lakukan, ingatlah bahawa Allah itu maha besar, Allah itu maha berkuasa, Allah itu pasti akan sentiasa bersama kita jika kita tidak melupakanNya.

No comments:

Post a Comment