Showing posts with label al-Quran. Show all posts
Showing posts with label al-Quran. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Perkara Sebelum Tidur

Daripada Tafsir Haqqi,
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan
ibadah haji dan umrah"

Saturday, February 26, 2011

7 Kalimat Keampunan

Kehidupan kita di dunia ini tidak dapat dihindari dari dosa-dosa sama ada yang besar mahupun yang kecil, yang disengajakan mahupun tidak. Dalam perjalanan hidup kita untuk mencari keredhaan Illahi sering kali dicemari oleh dosa-dosa yang kita tidak sedari mahupun kita sengajakan. Walaupun jalannya seseorang itu menuju ke masjid untuk mendapatkan pahala namun sering kali dicermari oleh dosa-dosa kecil yang sengaja di rancang seperti iklan-iklan, cara pemakaian, situasi-situasi yang keterlaluan, malahan simbol-simbol ataupun ayat-ayat yang kita sendiri tidak ketahui apa maksudnya.

Kehadiran nafsu dan hasut syaitan menambahkan lagi perkara-perkara yang boleh menjerumus kita kepada dosa-dosa dan maksiat. Kita tidak mampu untuk menghindari semua itu, hanya Allah SWT yang mempunyai kekuatan untuk menjauhkan dan melindungi kira dari semua itu. Bersyukurlah kita kepada kasih sayang Allah SWT yang masih menganugerahkan hidayah kepada kita. Bayangkan lah, tanpa hidayah Allah belum tentu anda akan membaca semua yang saya kongsikan ini. Mahupun ada diantara kita yang langsung tidak memperdulikan semua ini, jangan la kita cemuh mereka. Sampaikanlah kepada mereka.

Kita jangan mudah lupa, Allah SWT maha pengampun dan telah menyediakan pelbagai cara agar hambanya boleh memohon keampunan dan menghapuskan segala dosa-dosa yang mereka lakukan. Pelbagai cara keampunan telah diajari kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi. Sekarang hanya terpulang kepada kita untuk memilih cara hidup manakah yang mesti kita ikuti.


Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La hawla wala quwwata illa billah jika menghadapi sesuatu
tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir hanafi,mudah-mudahan kita dapat ingati, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu diamalakan, walaupun sambil lalu mudah-mudahan menjadi kebiasaan. Lebih elok jika jangan terus ditinggalkan di sini. Print out dan lekat di dinding bilik anda.

Thursday, February 24, 2011

Doa Menghindari Sihir



Menurut Ibn Abi Hatim dan Abu al-Sheikh daripada Laith bin Abi Sulaim r.a, beliau berkata: “Ayat ini dapat menjadi penawar kepada perbuatan sihir dengan izin Allah”.

Allah SWT menjelaskan perjuangan Nabi Musa a.s dan penentangannya kepada Firaun, menyebabkan Firaun mengumpulkan semua ahli sihir terkemuka pada zamannya untuk melawan utusan Allah itu.

Apabila Nabi Musa a.s dan ahli-ahli sihir sudah dihimpunkan di hadapan khalayak ramai pada hari yang dijanjikan itu, maka pertandingan dimulakan dengan dialog, siapakah yang akan memulakan kehebatan masing-masing.

Ahli-ahli sihir sudah pun dijanjikan dengan pelbagai nikmat dunia seperti pangkat, harta dan sebagainya jika berjaya mengalahkan Nabi Musa.

Ahli-ahli sihir mula mencampakkan tali-tali mereka lalu gemparlah suasana melihat ular-ular besar yang menakutkan di hadapan mereka. Nabi Musa turut rasa gentar sehinggalah turun wahyu Allah kepadanya supaya bertenang dan membaca ayat-ayat di atas.

Kemudian, giliran Nabi Musa pun sampai. Lalu tongkatnya dilepaskan. Ahli-ahli sihir menjadi gamat kerana apa yang berlaku di hadapan mereka bukanlah sihir olok-olok. Ia adalah kebenaran dari langit tinggi. Mereka akhirnya beriman kepada Musa meninggalkan Firaun dalam kebingungan. (Fi Zilalil Quran, tafsir surah Yunus ayat 81-82).

Khasiat dan kaifiat beramal

Caranya ialah dengan membacakan ayat-ayat ini bersama ayat ke 118 hingga 121 surah al-A’raaf dan ayat ke 69 surah Taha kepada bekas yang mengandungi air.

Kemudian air itu disiram ke atas kepala orang yang terkena sihir itu. (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 81-82 surah Yunus)

* Petikan buku 101 Doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran Khasiat & Kaifiat Beramal terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd